Monday, July 12, 2010

cerita qarin

Awak semua pernah dengar tentang qarin? kalau dah tau, bgs la...sy baru je tau...hihi...sape2 yg x tau lg, leh la bace entri kali ni....tentang qarin~

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Sunday, July 11, 2010

enam perkara yang ALLAH sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik,dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Akuberikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal"

Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau
sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail,kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Rahsia beramal dengan Asmaul Husna

Posted by nir akhbar abdul aziz


Assalamualaikum W.B.T

"Allah S.W.T mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafalnya maka ia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai perkara yang ganjil."
(Maksud hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

- Supaya tercapai apa yang dicita-citakan.
- Rezeki pelbagai penjuru.
- Namanya terkenal.
- Keyakinan sempurna.
- Urusannya dimudahkan.

Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.

Fadhilat atau khasiat membaca (Ya Allah) adalah seperti berikut:

1) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali setiap malam, selama satu bulan, yakni dengan hati yang kusyuk dan tawadhuk, insya Allah apa yang dihajatkan akan tercapai.

2) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali, yakni dibacanya setiap hari, insya Allah datang kepadanya rezeki dari pelbagai penjuru.

3) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 66 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, yakni selama 66 hari, insya Allah namanya harum dan dia mendapat kebaikan yang banyak. Adalah lebih baik ianya diamalkan terus setiap hari dengan istiqamah.

4) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah Ya Hayyu' sebanyak 1000 kali pada setiap hari, insya Allah dia akan mendapat keyakinan yang sempurna.

5) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah Ya Hayyu' sebanyak 100 kali pada setiap hari Jumaat, yakni sebelum mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan dia suci daripada hadas dan najis serta dibacanya dengan kusyuk, insya Allah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan yang diperjuangkannya.

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda: 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saturday, July 10, 2010

DEPA NI PERKAUMAN KE APA CUBA KOMEN SIKIT

Salam disini saya nak kongsi pengalaman saya bila mencari pekerjaan.....kisah nya gini saya pada ketika ini belum punyai pekerjaan,dari K.L saya balik menetap di kampung kerana sara hidup yang tinggi,jadi saya cuba cari pekerjaan di ipoh saya punyai pengalaman lah dalam bidang tertentu jadi saya ke Jusco dan lain lain complex banyak lah iklan VACANCY jadi saya cuba lah mohon dari satu kedai ke kedai lain dan dari satu syarikat ke syarikat lain yang pelik nya kekosongan disitu tapi bila kita tanya jawapan nya... inie kerja aaaa untuk cawangan lain punya ooo bukan sini....ada yang bila kita lihat iklan jawatan kosong tapi bila kita tanya,jawap nya ...tadaa...bila kita tanya balik iklan tu dia kata itu untuk kekosongan di KL lah PP lah....ada satu syarikat tu besar punya syarikat nampak profesional saya isi borang tapi dia punya siasat bapak giler punya cek....2 minggu pas tu dia call kata dapat aku syok giler laa.Selang beberapa hari dia kol blek kata aku ada masalah hutang tak selesai padahal dah 3 tahun utang tu settle..dia suruh aku fax surat clearence..aku pun fax..10 hari pas dia kol kata dapat....boleh stat keje 1 hb julai..aku terima jawapan ni pada 24hb june...korang nak tau 28hb june dia kol kate aku punya tu kena hold dulu....sampai sekarang tak tau lah....aku terkejut melihat sikap bangsa tersebut bila minta kerja di Ipoh kerana kat Kl tak lah nampak sangat racist diaorang kalau korang tak caya korang cuba....kalau keje yang kokak kokak depa nak kite yang elok sikit jangan haraplah....itulah nasib jadi orang MELAYU...tapi kawan aku bangsa ni kat KL tak lah cam nie sangat...apa patut buat yer..hati sakit ooo..korang pernah tak kena cam nie

Thursday, July 8, 2010

Ada anak pompuan kena jaga betul betul..........baca nie






257,000 anak luar nikah membimbangkan
Posted on Thursday, July 08 @ 09:28:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Analisis Isu Oleh: asshafiee

"Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009. Sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam. Perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian). Sumber rasmi JPN.(Lihat Gambar statistik)

Sangat memalukan umat Islam yang paling ramai atau mejoriti dalam masalah kelahiran luar nikah berbandingkan dengan agama lain. Sepatutnya umat Islamlah yang lebih baik dari umat agama lain, kerana Islam telah melarang umatnya melakukan maksiat atau zina. Islam juga telah menetapkan hukum yang tertentu bagi orang yang melakukan zina dan maksiat.

Kepada siapa yang patut dipersalahkan. Adakah ini salah ibu bapa? Adakah ini salah guru-guru? Adakah ini salah orang agama? Adakah ini salah pemerintah? Jawapan saya ialah semuanya salah sebab tidak menjadikan cara hidup Islam sebagai penghayatan umat Islam. Subjek pendidikan Islam hanya dijadikan sebagai mata pelajaran dan bukan dijadikan penghayatan. Hukuman syariat tidak ditegakkan secara menyeluruh sehingga berlakulah masalah zina, maksiat dan sebagainya. Sepatutnya semua pihak tidak perlu menuding jari kepada sesiapa dan semua pihak perlu bersatu tenaga mencari metode atau penawar untuk mencegah gejala sosial ini.

Percayalah, musibah besar akan diturunkan oleh Allah kepada umatnya yang jauh lupa kepada Allah dan tidak mengamalkan lagi ajarannya. Apabila musibah atau bencana datang tidak mengira usia, mangsa, keturunan dan semua manusia akan dimusnahkannya. Sebelum datangnya musibah Allah, maka lebih eloklah kita semua jadikan kehidupan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dijadikan sebagai cara hidup. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan sumber kehidupan kita semua. Nescaya semua masalah ini dapat dihindarkan tanpa perlu bermodalkan duit yang banyak seperti sekarang ini. Islam itu agama yang indah dan sangat sesuai diamalkan dari dahulu, kini selamanya hingga ke akhir hayat.

Monday, July 5, 2010

PENGUMUMAN

Assallamualaikom kepada pengunjung blog ini saya nak beritahu bahawa,silalah ke laman web saya iaitu ismah.ws yang mana laman web ini menjual tudung dan shawl.Dan laman web ini juga di link kan juga kepada cacanana.blog yang menjual pakaian terpakai milik peribadi kami,berjenama,masih cantik tak ada kerosakan dan juga blog anashawls collection yang tentu nya menjual shawls......silalah tengok tak kena bayar suka nak beli email kepada kami baru bayar......t kasih

Sunday, July 4, 2010

Baru dlm dunia blog

Tolong komen sikit macamana blog saya nie ok ke tak

perkataan TOOJANGG

Lagi satu perkataan yang jarang saya dengar iaitu perkataan TOOJANGG ada sesiapa yang tahu makna ayat ini...haaaa anak perempuan saya yang umur nya 3 thn ketika itu menyebut nya dengan jelas dan nyata .Saya ketika itu terpinga pinga kerana saya sendiri pun tak pernah dengar perkataan ini......selepas diberitahu isteri saya baru saya tahu rupa-rupa nya perkataan tu untuk MENGAYUH BASIKAL

TOLONG BERI PENDAPAT

Askum saya adalah pendatang baru dalam dunia blog .Dan blog saya ni baru dibuat mlm tadi pukul 12.30 malam ,susah sangat nak cari nama title tetiba saya teringat perkataan ANGO TOJANG dari makcik saya.Saya dah tau apa makna nya,cuma saya nak tau dari kengkawan kalau kalau makna nya berbeza dari apa yang saya dengar........mungkin orang dari Jeram selangor boleh bagi pendapat yang berbeza