Sunday, July 11, 2010

Rahsia beramal dengan Asmaul Husna

Posted by nir akhbar abdul aziz


Assalamualaikum W.B.T

"Allah S.W.T mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafalnya maka ia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai perkara yang ganjil."
(Maksud hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

- Supaya tercapai apa yang dicita-citakan.
- Rezeki pelbagai penjuru.
- Namanya terkenal.
- Keyakinan sempurna.
- Urusannya dimudahkan.

Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.

Fadhilat atau khasiat membaca (Ya Allah) adalah seperti berikut:

1) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali setiap malam, selama satu bulan, yakni dengan hati yang kusyuk dan tawadhuk, insya Allah apa yang dihajatkan akan tercapai.

2) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali, yakni dibacanya setiap hari, insya Allah datang kepadanya rezeki dari pelbagai penjuru.

3) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 66 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, yakni selama 66 hari, insya Allah namanya harum dan dia mendapat kebaikan yang banyak. Adalah lebih baik ianya diamalkan terus setiap hari dengan istiqamah.

4) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah Ya Hayyu' sebanyak 1000 kali pada setiap hari, insya Allah dia akan mendapat keyakinan yang sempurna.

5) Sesiapa yang membaca 'Ya Allah Ya Hayyu' sebanyak 100 kali pada setiap hari Jumaat, yakni sebelum mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan dia suci daripada hadas dan najis serta dibacanya dengan kusyuk, insya Allah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan yang diperjuangkannya.

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda: 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

No comments:

Post a Comment